Skip to main content

Sukan Lain

29 acara 10 gaya hidup tarikan Fiesta Rakan Muda Terengganu

KOMSAT

Sebagai usaha untuk merancakkan lagi program pembangunan belia setempat, sekali gus memperkasa kerangka 10 gaya hidup Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) selaku pemegang taruh utama menghimpunkan 29 acara pengisian bagi penganjuran 2 hari 1 malam yang kini berlangsung di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT) yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Menurut Pengarah JBSNT Terengganu, Asmadi Mohamad, menzahirkan penganjuran ini dilihat tepat pada masanya bagi merapatkan jurang di antara belia-belia mahupun pertubuhan atau kelab berkaitan belia setempat yang memerlukan platform untuk turut sama memperkasakan program Rakan Muda yang kini dalam proses transformasi dan penjenamaan semula setelah diperkenalkan sejak 1994.

Advertisement

"Sudah tentu impak dari penganjuran ini memberi ruang dan peluang sama rata buat setiap golongan belia dalam negeri Terengganu untuk menyerlahkan potensi mereka yang mungkin selama ini terpendam atau tiada platform untuk diberikan ruang dan peluang buat mereka.

"Melalui penganjuran berkonsepkan karnival ini yang meliputi pelbagai acara utama yang merangkumi 10 gaya hidup Rakan Muda menjadi pemangkin buat kumpulan sasar mendapat manfaat khususnya golongan belia dari peringkat usia seawal di bangku sekolah dan seterusnya," ujarnya.

Selain program berkonsepkan ekspresi belia dan sukan, turut berlangsung adalah program-program kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan yang menjadi tambah nilai penganjuran sekali gus merapatkan jurang dengan masyarakat setempat.

Sukan air antara sebahagian dari 29 acara penganjuran Fiesta Rakan Muda Terengganu 2026 yang berlangsung selama dua hari bertempat di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu (KOMSAT), Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Sukan elektronik (esports) antara yang menarik perhatian dari pelbagai peringkat usia untuk turut sama memeriahkan Fiesta Rakan Muda Terengganu 2026.

Selain aktiviti sukan, turut berlangsung ada program-program kemasyarakatan seperti gunting rambut percuma tanpa latar belakang kepada semua pengunjung.

Must Watch Video