Pesilat negara, Nurul Khaiza Kharudin, bermula langkah kanan selepas menundukkan lawan daripada Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Dania Farisha Shaikh, dalam kategori Puteri B (50-55 kg) Kejohanan Silat Terbuka Malaysia 2019.
Khaiza yang juga merupakan pesilat remaja negara tampak tidak menghadapi sebarang masalah apabila dengan mudah menundukkan Dania dengan keputusan 5-0 hari ini.
Bagaimanapun, pesilat berusia 20 tahun itu mendapat sedikit kecederaan pada kaki kanan, sekali gus menjadi cabaran buat dirinya yang akan bertemu pesilat dari Pulau Pinang dalam pusingan suku akhir, esok.
"Ini merupakan perlawanan yang agak mudah kerana lawan saya masih kurang pengalaman beraksi dalam Terbuka Malaysia," kata Khaiza.
Pesilat kelahiran Terengganu itu bakal membuat penampilan sulungnya dalam Sukan SEA Filipina November depan dengan keyakinan tinggi walaupun kurang mendapat pendedahan secukupnya sebelum ini.
"Saya masih lagi berusaha untuk mengenal pasti kemampuan serta kelemahan lawan untuk memastikan saya mampu melangkah ke final kali ini."