Pesilat negara, Nor Farah Mazlan, sedar masih banyak yang perlu diperbaikinya apabila terpilih untuk membuat penampilan pertama dalam Sukan SEA Filipina, November depan.
Atlet kelahiran Sabah itu akan bertanding dalam kelas Putri A untuk dijadikan sandaran utama selepas ketiadaan Siti Rahmah Mohamed Nasir, yang kategorinya digugurkan daripada temasya berkenaan.
Walaupun sedar cabaran sengit yang akan dihadapinya, terutama daripada pesilat Indonesia dan Vietnam, atlet berusia 21 tahun itu tetap meletakkan pingat emas sebagai sasaran.
"Daripada segi taktikal, saya banyak kurang.
"Teknik itu perlu diamalkan selalu.
"Kalau belajar sahaja tetapi tidak diamalkan, tidak guna juga.
"Daripada kecergasan juga perlu ditingkatkan.
"Semua aspek perlu ditingkatkan lagi.
"Bangga memang bangga sebab saya memang dah lama nak main (dalam Sukan SEA).
"Gugup memang gugup sebab lawan-lawan yang saya pernah jumpa sebelum ini memang kuat-kuat," katanya.
Dalam edisi kali ini, hanya sembilan acara silat akan dipertandingkan berbanding 20 dalam temasya di Kuala Lumpur dua tahun lalu.
Justeru, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) enggan terlalu mengharapkan 'pingat kejutan' daripada atletnya dan kekal dengan sasaran dua pingat emas seperti yang ditetapkan sebelum ini.