Pesilat tempur negara, Faizul Nasir, menepati ramalan apabila menjuarai Kejohanan Silat Antarabangsa Terbuka Malaysia, sekali gus mencetuskan petanda positif menjelang Sukan SEA Filipina, November depan.
Faizul menepati ramalan selaku juara kategori putra kelas B, iaitu kategori berat 50 hingga 55 kilogram, apabila mengalahkan wakil Singapura, Hazim Mohamad Yusli, dalam aksi final di Stadium Titiwangsa, hari ini.
Kemenangan itu memberi keyakinan kepada Faizul untuk memburu pingat pingat emas hatrik Sukan SEA apabila berkesempatan untuk menguji lawan dari negara Asia Tenggara yang lain dalam temasya tersebut.
"Kejohanan ini sangat bagus untuk dijadikan sebagai kayu pengukur prestasi setiap atlet.
"Daripada situ, jurulatih akan mengenal pasti apakah kekuatan dan kelemahan atlet negara untuk menghadapi Sukan SEA," katanya.
Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, turut berpuas hati dengan prestasi atlet negara dan percaya mereka di tahap terbaik untuk bersaing dalam temasya edisi ke-30 itu.
"Saya mempunyai keyakinan terhadap pesilat-pesilat yang disasarkan pingat dalam Sukan SEA.
"Saya beritahu Faizul dan pengurus, dia tidak boleh kalah dalam kejohanan ini," katanya ketika mengulas sasaran dua emas yang ditetapkan PESAKA.