Malaysia bakal mempunyai Pusat Pengalaman Pemanduan (DEC) pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menyempurnakan majlis pecah tanah di Litar Go-kart Antarabangsa (SIKC) itu, hari ini, sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif.
Azhan Shafriman menjelaskan ia terbuka untuk semua termasuk pelancong yang berminat.
"Saya rasa perancangan ini telah bermula lima tahun lalu, kami telah membuat kajian dan mengintai peluang yang ada termasuk perlumbaan.
"Cepat atau lambat, projek ini akan tetap menjadi tambah nilai untuk produk sedia kami," katanya.
Tambahnya Azhan Shafriman, selama ini SIC menyediakan kemudahan yang lebih menjurus kepada perlumbaan tetapi kali ini pengalaman keselamatan pemanduan akan diketengahkan, sesuatu yang berbeza untuk ditawarkan berbanding perlumbaan di litar sebenar.
"Pusat ini sama sekali berbeza dengan trek utama. Kami telah mempelawa MAM (Persatuan Permotoran Malaysia) dan pengeluar kereta yang lain untuk menyertai kami.
"Pengeluar kereta seperti Porche dan Mercedes Benz misalnya pernah membuat ujian di pusat ini dengan meniru trek sebenar kerana perlu mencurah air di trek.
"Segalanya telah tersedia di sini sebagaimana pemanduan di jalan raya sebenar", katanya.