Skip to main content

Sukan Lain

Shereen sasar pecah rekod peribadi di Terbuka Singapura

250417shereen.jpg
Atlet pecut wanita negara, Shereen Samson Vallabouy meletakkan sasaran untuk memecahkan rekod peribadi terbaiknya dengan catatan 54.36 saat bagi acara 400 meter di saingan Terbuka Singapura yang bakal bermula 27 April ini.

Shereen bakal beraksi dalam satu acara sahaja di Singapura menerusi 400 meter selepas pulang daripada Afrika Selatan minggu lalu.

Masih tidak berpuas hati dengan catatan masa yang dilakukan di sana iaitu 54.58 saat, Shereen optimis mampu melakar masa yang lebih baik untuk mencatat masa kurang
daripada 54.36 saat yang merupakan rekod peribadinya.

Tiada sasaran untuk memecahkan rekod kebangsaan kerana menyifatkan masih terlalu jauh untuk mengatasi catatan masa 52.56 saat milik bekas atlet negara, Rabia Abdul
Salam pada Disember 1993 di Manila.

"Saya berharap untuk memberikan yang terbaik. Saya yakin mampu memperbaharui rekod peribadi saya kerana berada di prestasi yang mantap," kata Shereen.

Tekanan semakin dirasai menjelang temasya Sukan SEA, atlet berusia 19 tahun ini tekad ingin memastikan pingat emas dalam genggaman selepas hanya meraih gangsa di
Singapura, dua tahun lalu.

"Sasaran saya di Sukan SEA adalah mahu melakukan catatan masa 53.50 saat. Saya agak gementar menghadapi Sukan SEA kerana ramai penonton yang akan hadir tetapi ia tidak menghalang saya untuk menghasilkan prestasi yang cemerlang."

Advertisement

Must Watch Video