Abdul Talib Ahmad akur dengan kempen mengecewakan skuad bimbingannya dalam Piala Raja Thai 2019 yang berakhir semalam, namun ia bukanlah petanda sebenar kekuatan skuad kebangsaan menjelang Sukan SEA Filipina, November depan.
Malaysia tunduk 1-2 kepada Indonesia dalam acara berpasukan lelaki selain tersungkur kepada Thailand 0-2 dalam acara regu lelaki manakala skuad berpasukan wanita pula tewas 0-2 ketika menentang Vietnam di peringkat suku akhir.
Malaysia hanya meraih tiga pingat gangsa di Bangkok, Thailand, masing-masing menerusi acara regu, regu berpasukan dan 'doubles' sambil skuad wanita pulang hampa dengan tangan kosong.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan itu mendedahkan kecederaan yang menimpa tekong, Said Ezwan Said De, merencatkan perancangannya sambil mendapati beberapa tekong lain gagal menampilkan kombinasi baik dengan regu sedia ada.
Apatah lagi, Talib tidak dapat membawa beberapa tonggak seperti apit kiri, Farhan Adam, yang mengalami kecederaan bahu sebelum mereka berlepas ke Bangkok.
"Pilihan kami daripada segi taktikal agak terhad tetapi saya melihat mutu permainan Indonesia (semakin meningkat) apabila dapat mencuri satu (mata) regu dengan pasukan Thailand (ketika kalah) 1-2," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau tidak khuatir meskipun skuadnya menerima kritikan hebat susulan tewas kepada Thailand dan Indonesia kerana menyifatkan Piala Raja Thai merupakan pentas untuknya dan barisan kejurulatihan menurunkan barisan ujian untuk menilai kekuatan lawan.
"Kami perlu perbaiki kekurangan dalam permainan, terutama aspek kejurulatihan yang perlu diperhalusi dengan lebih teliti," katanya.