Jurulatih berbasikal Paralimpik negara, Sallehudin Mohd Nor, tidak akan mencari pengganti baru untuk mengisi posisi jurumudi, Khairul Adha Rosul, biarpun dia dan pasangannya, Afiq Afifi Rizan, terlibat dengan kemalangan dalam sesi latihan, kelmarin.
Tayar basikal mereka secara tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan kedua-dua atlet itu hilang kawalan ketika menjalani sesi latihan di Velodrom Nasional Nilai
Khairul mengalami kecederaan serius di bahagian muka dan tangan, sehingga terpaksa menerima rawatan rapi manakala Afiq pula mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan.
Situasi itu membimbangkan kem berbasikal Paralimpik negara tatkala mereka dalam persiapan menghadapi temasya Sukan Para ASEAN 2017, September depan.
"Saya gagal mengawal basikal apabila tayar depan meletup sehingga menyebabkan saya terjatuh.
"Saya tersembam di bahagian muka terlebih dahulu sebelum pengsan," ujar Khairul Adha.
Menurut Afiq pula: "Kecederaan saya tidak seteruk jurumudi saya.
"Saya berharap dia cepat sembuh agar kami dapat beraksi dalam Sukan Para ASEAN kerana kami hanya mempunyai tempoh sebulan lebih saja lagi untuk membuat persiapan."
Namun, jurulatih, Sallehudin Mohd Nor, memberi jaminan bahawa kedudukan mereka berdua dalam skuad kebangsaan tidak akan terjejas sambil masih mengharapkan gandingan Afiq dan Khairul Adha dalam acara pecut.
"Doktor memaklumkan mereka tidak mempunyai masalah kecuali beberapa luka di bahagian muka yang dialami oleh Khairul Adha.
"Dia dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami sebarang kepatahan," katanya.