Ketua jurulatih tenpin boling pekak kebangsaan, Joe Tay, menegaskan program latihan intensif yang diterapkan setiap minggu adalah antara intipati terbaik buat dirinya bagi memastikan pasukan negara melakar prestasi membanggakan dalam Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik 2025 kali ini.
Malah, fokus kali ini bukan sahaja tertumpu dalam acara lelaki malah acara wanita turut mencuri tumpuan selepas mengesahkan gerak kerja yang diterapkan menampakkan hasil menakjubkan dalam sesi latihan kali ini menjelang kejohanan itu minggu depan.
"Saya lihat nampak banyak kelemahan ketika mula melatih mereka seperti cara permainan termasuk teknik melepaskan bola, dan sekarang sudah ada banyak peningkatan selepas menukar teknik mereka," katanya.
Menurut ketua pasukan, Jonathan Ho, pasukan Singapura merupakan pencabar utama dalam saingan kali ini, namun dia optimis sentuhan yang diketengahkan Joe Tay mampu merealisasikan lima pingat emas yang menjadi sandaran.
"Berbanding 2022 terdapat kelemahan, sekarang semakin meningkat daripada aspek teknikal buat skuad wanita dan lelaki negara," tambahnya.
Ia seiring dengan keyakinan dilontarkan Chef De Mission Sea Deaf, Sarkunan Balakrishnan, yang meletakkan sasaran lima pingat emas sebagai realistik.
"Jurulatih seorang yang tegas melihat pemain secara teliti, perkara ini penting untuk meraih lima pingat emas yang merupakan sasaran." ujarnya.