Bermula dengan simptom sakit tekak pada 2021, tiada siapa menyangka ia membawa kepada sakit yang lebih kronik buat pemenang pingat emas Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, G. Saravanan.
Pada awalnya, doktor hanya suspek bekas atlet berusia 55 tahun itu diserang strok, namun apabila diteliti sekali lagi selepas muncul simptom lain seperti gangguan pergerakan di bahagian kaki dan tangan, doktor akhirnya mengesahkan ia adalah Motor Neurone Disease (MND), penyakit yang sama dialami Allahyarham Mokhtar Dahari (Supermokh).
MND merupakan sejenis penyakit neurologi yang berkaitan dengan sistem saraf yang boleh menjejaskan pergerakan di mana ia akan mempengaruhi sel saraf dan juga saraf tunjang yang membawa kepada kehilangan kawalan terhadap tubuh badan.
Lebih memeritkan lagi, masih tiada ubat mampu menyembuhkan penyakit itu, walaupun keluarga Saravanan sudah pun berhabis hampir RM100,000 untuk membayar kos rawatannya.
"Sekarang, keadaan saya semakin teruk, mereka kata tiada ubat untuk menyembuhkan MND, yang boleh buat adalah terapi.
"Saya pun sudah berbelanja banyak untuk sembuhkan penyakit ini, tapi tiada apa-apa kebaikan.
"Saya bersyukur, ada juga bantuan yang saya terima, tapi bantuan yang saya terima itu mungkin tidak mencukupi.
"Itulah saya minta, sokongan daripada pihak-pihak tertentu boleh bantu saya," katanya di Nadi Arena.
Meskipun sukar untuk keluarganya menerima keadaannya sekarang, Saravanan tetap kuat untuk bertarung biarpun dia mula hilang kawalan pergerakan, percakapan dan menelan..namun dia bersyukur penyakit itu masih belum menyerang sistem pernafasannya.
Dia juga mengambil kesempatan memberi nasihat kepada semua atlet elit negara ketika ini untuk tidak memaksa diri sendiri dan sentiasa cakna tentang had fizikal masing-masing supaya nasib sama tidak berlaku kepada mereka.
"Saya serah kepada Tuhan, apa nak jadi saya terima sahaja.
"Ahli keluarga tidak boleh menerima.
"Saya hendak ini jadi satu pengajaran kepada semua, termasuk atlet dan pegawai-pegawai sukan.
"Mereka diberi pengetahuan yang mencukupi untuk menghindari sakit ini," tambahnya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.

Ini merupakan situasi terkini bekas pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998 acara Jalan Kaki 50KM yang mengalami Motor Neurone Disorder (MND), penyakit yang sama dialami arwah Dato' Mokhtar Dahari
— Kamal Nizam (@kamalnizamm) April 16, 2025
Bagaimana nasibnya selepas ini?
Berita selanjutnya di Nadi Arena @ASTROARENA pic.twitter.com/hJEjZOEZgc