Skip to main content

Sukan

Terkini Piala Asia: Malaysia layak ke separuh akhir!

Hoki

Skuad hoki bawah 18 tahun (B-18) negara sah melayakkan diri ke separuh akhir Hoki Piala Asia B-18 selepas menewaskan China 3-0 di Kakamigahara, Jepun sebentar tadi.

Selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-4 kepada Bangladesh dalam aksi pertama, skuad bimbingan Harfizi Baharom itu bangkit menewaskan naib juara edisi lalu, Pakistan, sekali gus membuka peluang merebut tiket ke separuh akhir.

Dan, ternyata peluang itu tidak dibazirkan apabila pelapis The Speedy Tigers itu mudah meraih kemenangan ke atas negara Tembok Besar itu pagi tadi.

Dheeresh Gunaseelan terus menjadi watak utama negara mencipta sensasi dengan membantu menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-41.

Ahmad Idham Fikri Mohd Rizal kemudiannya menambah derita China sebelum Harieq Hadief Mohd Fariq memastikan kemenangan bersih pasukan kebangsaan.

Menanti mereka dalam perlawanan seterusnya sama ada Jepun atau India pada Jumaat ini.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Must Watch Video