Skip to main content

Paralimpik

MPM galak Malaysia pantas terokai potensi throwball

j

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, menyeru atlet negara agar mengambil peluang berharga ini menceburi sukan throwball.

Megat D Shariman menyifatkan sukan yang masih baru itu mampu menjadi lubuk pingat buat pasukan negara jika Malaysia bermula awal untuk membangunkannya

Ini apabila pengasas sukan itu sendiri iaitu India, bakal menganjurkan Sukan Para Komanwel 2030 dengan kemungkinan besar throwball juga akan dipertandingkan dalam temasya terbabit.

"Sukan ini mungkin diadakan dalam Sukan Para Komanwel di India, temasya selepas Glasgow.

"Peluang kita sangat cerah jadi kami berpeluang merangkul seberapa banyak pingat dalam Sukan Komanwel," katanya selepas merasmikan Kejohanan Para Throwball Asia di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan, hari ini.

Megat D Shariman juga menganggap kemunculan sukan throwball sedikit sebanyak dapat memenuhi visi mpm iaitu untuk lebih ramai orang kurang upaya berpeluang menjadi atlet negara.  

"Yang penting saya mahu atlet negara menjadi profesional.

"Objektif kami adalah mahu memastikan semua orang kurang upaya dapat bersukan (tatkala) throwball (boleh dianggap) lebih mudah.

"Kami menggalak lebih ramai untuk menceburi throwball," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video