Skip to main content

Olahraga

Kelibat Azeem Fahmi hangatkan Olahraga Terbuka Malaysia

j

Sensasi raja pecut 100 meter negara, Azeem Fahmi, yang menambah keterujaan orang ramai untuk melihatnya beraksi dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia sebaik pulang ke tanah air.

Jelas Penyelaras Program Kejurulatihan Olahraga Malaysia, Manshahar Abdul Jalil, kehadiran Azeem pastinya meningkatkan persaingan sengit dalam acara itu di Stadium UPM, Serdang, Selangor, yang berlangsung dari 19 hingga 21 Jun depan.

Manshahar menganggap catatan masa 10.09 saat dilakar Azeem Fahmi baru-baru ini membuktikan kematangan prestasinya.

Dia dilihat masih mampu tampil dengan larian deras meskipun berdepan pelbagai cabaran serta kritikan sepanjang empat tahun berkelana di Amerika Syarikat.

Tambah Manshahar, Azeem berada di landasan terbaik untuk mencapai tahap mentaliti selaku pelari pecut elit, sekali gus terus menjadi prospek utama negara untuk ke Sukan Asia Aichi-Nagoya bersama pelapis sedang meningkat naik, Danish Ifthikar Roslee.

"Dia berada di landasan yang betul.

"Menyamai rekod kebangsaan satu petanda baik dan saya harap dia makin matang untuk berada di tahap terbaik menghadapi Sukan Asia.

"Mungkin Azeem dan Danish Ifthikar akan bertanding dalam acara yang sama dan ini satu petanda yang baik kerana pertembungan dua atlet negara pastinya sengit," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Related Topics

Must Watch Video