Skip to main content

Sukan

Penyertaan Amerika Syarikat sejarah baru PSAS! Medan terbaik uji taring sebelum LA28

rr
Advertisement

Kehadiran pasukan hoki padang lelaki Amerika Syarikat menjadi sebahagian daripada sejarah baru di saingan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2026.

Ia juga peluang terbaik buat kedutaan besar mereka di Kuala Lumpur menggunakan platform sukan sebagai inisiatif diplomasi awam untuk mengeratkan hubungan antara dua negara itu.

Advertisement

Memandangkan Amerika Syarikat bakal menjadi tuan rumah penganjuran sukan terbesar dunia, temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 — peluang keemasan beraksi bertemu negara elit sukan hoki diambil sepenuhnya 'The Wolves' sebagai kayu pengukur kemampuan pasukan.

Dalam aksi Malaysia bertemu Amerika Syarikat pada Isnin — wakil Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur turut hadir memainkan peranan selaku pemain ke-12.

Advertisement

Amerika Syarikat masih berpeluang tipis untuk layak ke penentuan tempat ketiga, tapi hanya dengan kemenangan besar melebihi empat jaringan ke atas Korea Selatan dengan harapan Kanada tidak mengejutkan Australia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

"Saya sukakan Malaysia, ini tugasan kedua saya di sini. Anak saya juga dilahirkan di ini, satu penghormatan besar berkhidmat di kedutaan di Kuala Lumpur.

"Kami ada pasukan di sini, suasana sangat hebat, begitu juga Malaysia yang memiliki pasukan yang bagus dengan fasiliti yang membawa penyokong hadir menyaksikan perlawanan.

"Kami boleh bersaing di peringkat tertinggi dan menguji kemampuan kami sebelum temasya Sukan Olimpik.

"Kami sudah lama tidak bertanding dalam sukan hoki di Sukan Olimpik, kali terakhir pada 1996, bagus dapat kembali dan menguji pasukan kami." kongsi Kaunselor Diplomasi Awam Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Morgan O'Brien.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video