Selepas merasai kekalahan pertama tumbang kepada Australia semalam, The Speedy Tigers persis 'Harimau terluka' dan terdesak kembali mengaum dan menyerlahkan belang pada perlawanan hidup-mati bertemu Pakistan esok.
Skuad negara perlu mengelak kekalahan kepada musuh tradisi, Pakistan, demi penampilan ketujuh di pentas final sejak 32 tahun lalu.
Menambah kerancakan pertembungan — Pakistan, hadir di Ipoh, dengan misi membalas dendam selepas terlepas final Sukan Asia Aichi-Nagoya selepas tumpas kepada skuad negara 4-5.
Empat jaringan itu disumbangkan pakar pukulan sudut penalti, Sufyan Khan yang menewaskan Zaimi Mat Deris.
"Jika boleh saya mahu selamatkan semua, saya akan ikut semua arahan. Fokus untuk aksi seterusnya, apabila bolos saya rasa saya perlu perbaiki lagi aksi saya.
Sultan of Azlan Shah Cup 2026 Today is a rest Day. Overall position of teams and what is at stake-the last 3 pool matches trow before the 2nd phase of classification on 28/11. All the best to all participating teams... @ASTROARENA https://t.co/WAGIUVTC68
— Maninderjit (Mike) OLY (@ManinderjitMike) November 25, 2026
"Jika diberikan peluang saya akan beraksa dengan 100 peratus." kata penjaga gol negara, Zaimi Mat Deris.
Malah, hanya kemenangan ke atas Pakistan esok mampu mengesahkan kelayakan Speedy Tigers ke perlawanan final Piala Sultan Azlan Shah (PSAS).
Jika berlaku sebaliknya, Malaysia perlu berdepan Korea Selatan mahupun Kanada untuk penentuan tempat ketiga yang akan berlangsung pada Sabtu ini.