Skip to main content

Bola Sepak

KPI Bojan Hodak tinggi!

ff
Advertisement

Jurulatih baharu Harimau Malaya, Bojan Hodak, tidak mempunyai masa untuk 'berbulan madu' apabila sasaran utama yang digariskan buat pengendali itu adalah memastikan skuad negara layak ke Piala Asia 2032.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, yang menjadikan kelayakan ke kejohanan berprestij itu sebagai indeks prestasi utama jurulatih berusia 55 tahun itu.

Advertisement

Hodak kembali ke Wisma FAM sebagai pengendali Harimau Malaya selepas pernah membimbing skuad B-19 negara dari 2017 hingga 2019.

Kali ini, jurulatih kelahiran Croatia itu kembali dengan reputasi lebih besar selepas melakar pelbagai kejayaan bersama beberapa kelab, termasuk Persib Bandung yang menjuarai saingan liga tiga musim berturut-turut.

Advertisement

Oleh itu, pengalaman dan sentuhan magis Hodak amat ditagih bagi mengembalikan kekuatan Harimau Malaya serta memastikan skuad negara kembali berdaya saing di pentas antarabangsa.

"Mengenai pelantikan Bojan Hodak semalam kita sudah umumkan, sudah melalui proses jawatankuasa pengurusan pasukan kebangsaan, dan exco mengenai pelantikan ketua jurulatih baharu.

"Kami ada temuduga tiga ke empat calon, berdasarkan kelebihan serta pengalaman, kelebihan pada dia.

"KPI semestinya layak ke Piala Asia, kami yakin pilihan yang tepat," katanya.

 

 

 

 

Terdahulu, Harimau Malaya terlepas peluang beraksi di Piala Asia Arab Saudi 2027 selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membatalkan dua kemenangan skuad negara dalam kempen kelayakan, susulan isu penurunan pemain yang tidak layak.

Hodak dijadualkan mengadakan sidang media pertamanya pada 30 November ini, namun reaksi spontan dia sebaik sahaja dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya turut mencuri perhatian.

"Hi semua saya Bojan Hodak, saya teruja untuk cabaran baru ini, mari kerja keras dan capai sesuatu yang istimewa." tambah Hodak ringkas.

Untuk rekod, Hodak menjadi pengendali tetap Harimau Malaya yang pertama dari Eropah sejak Nelo Vingada pada 2017, dan yang pertama dari Croatia.

Secara keseluruhan, Hodak merupakan pengendali Eropah ke-16 dalam sejarah sejak Otto Westphal pada 1965. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video