Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menerima kunjungan kelab dari Korea Selatan, Daejeon Hana Citizen (DHFC), dalam saingan minggu keenam, Kumpulan A, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Selasa depan.
Skuad kendalian Xisco Munoz ketika ini berada di tangga ketujuh dalam carta kedudukan dengan lapan mata selepas merekodkan dua kali menang, dua seri dan satu kekalahan.
Peluang masih terbuka buat JDT mengulangi pencapaian musim lalu apabila layak ke pusingan 16 ACLE.