Al-Ahly memecat jurulatihnya, Hussein Ammouta, pada Selasa lalu, hanya beberapa jam selepas kekalahan 0-2 di laman sendiri kepada pendahulu Liga Mesir, Pyramids, yang menyebabkan mereka ketinggalan tujuh mata dalam perebutan gelaran juara.
Dalam satu kenyataan ringkas susulan kekalahan tersebut -- yang merupakan kekalahan pertama Al-Ahly dalam sembilan perlawanan liga musim ini.
Ammouta telah meluahkan kekecewaan yang mendalam selepas kekalahan tersebut, sambil menyatakan bahawa semua pihak di kelab tersebut memikul tanggungjawab bersama.
Keputusan itu menamatkan tempoh lima bulan Ammouta mengendalikan pasukan itu. Dia menyertai pasukan tersebut pada bulan Jun dengan kontrak selama dua tahun bagi menggantikan Jess Thorup dari Denmark, selepas Al-Ahly menduduki tempat ketiga dalam liga musim lalu dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara Afrika lebih awal daripada jangkaan.
Pengendali berusia 57 tahun itu mencatatkan rekod 11 kemenangan, dua keputusan seri, dan satu kekalahan sepanjang 14 perlawanan yang dikendalikannya dalam semua pertandingan.
Walaupun Al-Ahly masih kekal dalam persaingan liga dan tiga kejohanan lain, Ammouta berdepan tekanan daripada para penyokong susulan prestasi pasukan yang tidak konsisten.
Sumber dalaman pasukan itu turut mendedahkan gaji para pemain ditahan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak sebagai denda dan pengajaran tewas kepada Pyramids, dan ia jelas membangkitkan kemarahan semua pihak.
Al-Ahly, yang memegang rekod 45 kali kejuaraan Liga Mesir, kini berada di kedudukan ketiga dalam carta liga, di belakang Pyramids dan Zamalek yang menduduki tempat kedua.