Pelantikan Bojan Hodak selaku ketua jurulatih baharu Harimau Malaya menamatkan spekulasi, sekali gus menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Peter Cklamovski sebelum ini.
Bekas pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe, yang bertindak selaku jurulatih interim menerajui sebentar skuad kebangsaan membantu menghadapi Piala Hyundai ASEAN selain meraih tempat ketiga dalam Piala ASEAN FIFA tahun ini.
Justeru, Tan Cheng Hoe diberi mandat baharu bersama pasukan negara apabila dilantik sebagai Pengarah Pasukan Harimau Malaya menerusi kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam.
Dari Interim ke Team Director, Tan Cheng Hoe yang menggantikan Peter Cklamovski sebagai jurulatih interim negara sejak Jun lalu diumumkan sebagai Pengarah Pasukan Harimau Malaya. 🎬🐯 @ASTROARENA https://t.co/3t7cxmGKAM
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 24, 2026