Tak sangka! Sejarah baharu bola sepak Vietnam.
Cong An Ha Noi (CAHN) mendabik dada apabila mencipta kejutan besar menewaskan calon juara Kumpulan A, Vissel Kobe, 3-1 dalam perlawanan kelima Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Hang Day, Hanoi malam tadi.
Ia, sekali gus menyaksikan gergasi Jepun itu berputih mata buat kali pertama musim ini selepas selesa memperoleh kesemua empat kemenangan sebelum ini.
𝗙𝗧 | 🇻🇳 Cong An Ha Noi 3️⃣-1️⃣ Vissel Kobe 🇯🇵 A MONUMENTAL VICTORY! Stunning performance by the hosts to end Vissel Kobe's unbeaten run! #ACLElite | #CANvVIS https://t.co/oWDgZAvWBJ
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) November 24, 2026
Tiga mata cukup berharga buat skuad kendalian Mano Polking tatkala sedang mengejar kedudukan lapan terbaik bagi berpeluang ke pusingan seterusnya.
Dengan keputusan positif itu, ia jelas memberikan tekanan buat Beijing Guoan, Gamba Osaka termasuk wakil Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi seterusnya berikutan perbezaan mata yang tidak terlalu ketara.