Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menganugerahkan kejuaraan kepada Senegal selepas keputusan rayuan memihak mereka mengatasi cabaran Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF).
CAF sebelum ini membatalkan kemenangan itu dan memberikan gelaran kepada tuan rumah, Maghribi dengan keputusan 3-0.
Meskipun Senegal meninggalkan padang selama 14 minit selepas pengadil menganugerahkan sepakan penalti kepada Maghribi pada lewat permainan; panel CAS mendapati pengadil juga tidak melakukan kesilapan membenarkan pelawat kembali ke padang dan menyambung semula permainan.
CAS dalam alasan penghakiman menjelaskan keputusan pengadil untuk menyambung semula perlawanan berada di bawah bidang kuasa mutlaknya dan kesan keputusan itu hanya terpakai dalam lingkungan padang.
🚨🇸🇳 Sadio Mané: “The decision of the court of arbitration for sport that restores senegal to its title of african champion fills us with joy”. “Thank you to my teammates. i know the efforts and the sacrifices that each one has made for this second star”. “I address a message of respect and encouragement to the Moroccan people and to the players of Morocco. They have achieved a beautiful run and can be proud of it. I wish them the best for the future”. “Senegal and Morocco are two brother peoples. May the passion for football continue to bring us closer”. “Congratulations to all Senegalese. This win is also yours”.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 24, 2026
Panel berkenaan turut memutuskan Artikel 82 dan 84 peraturan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang menjadi sandaran Maghribi hanya terpakai sekiranya pengadil menghentikan perlawanan secara kekal.
Oleh itu, kedua-dua peruntukan berkenaan tidak boleh digunakan dalam kes berkenaan kerana perlawanan diteruskan selepas pemain kembali ke padang.