Manchester United dirompak?
Persatuan Bolasepak (FA) England membatalkan hukuman kad merah pertahanan Manchester United, Leny Yoro, ketika perlawanan bertemu Liverpool di Anfield baru-baru ini, sekali gus tidak akan menjalani penggantungan pada perlawanan berikutnya.
Pada awalnya, pengadil menghukum kekasaran bintang kelahiran Perancis itu ke atas Alexander Isak, yang secara tak langsung menghadiahkan gol pertama menerusi sepakan percuma oleh Dominik Szoboszlai pada minit kelapan.
ℹ️ Leny Yoro's one-match suspension has been removed following a successful claim of wrongful dismissal.
— Manchester United (@ManUtd) November 24, 2026
Bagaimanapun, keputusan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tetap kekal menyaksikan The Red Devils tewas 0-3 di tangan tuan rumah.