Skip to main content
Advertisement

Badminton

Saya hanya ada badminton...-- Bekas pemain BAM akhirnya buka mulut

Pei Kee

Selepas meletakkan jawatan selaku pemain beregu wanita negara di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Go Pei Kee, tidak menyertai mana-mana kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejak April lalu.

Sebelum ini ramalan peminat menyatakan bahawa atlet berusia 24 tahun itu akan meneruskan karier selaku pemain profesional, namun belum ada permulaan buat dirinya setakat ini.

Bekas gandingan bersama Teoh Mei Xing itu sedang menghabiskan masa bersama keluarga, selain berusaha mencari 'kehidupan baru' sebelum membuat keputusan kembali ke gelanggang.

Dalam satu perkongsian di Instagram, bekas pemain di ranking ke-18 dunia itu sedang menumpukan perhatian untuk membina semula dirinya selepas bergelut dengan masalah kesihatan, sekali gus memulihkan mental untuk beraksi semula.

"Secara jujurnya, ia adalah masa yang sangat sukar buat saya pada tahun lalu.

"Kadang-kadang saya menangis. Saya seorang yang pendiam.

"Saya fikir saya meletakkan tekanan yang besar terhadap diri sendiri," katanya.

Dalam masa sama, Pei Kee turut menjelaskan sebab sebenar dia membuat keputusan untuk keluar daripada kem negara.

Video penuh:

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Must Watch Video