Skip to main content

Sukan

Satu penghormatan atlet pekak pertama sertai perbarisan Kemerdekaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pekak.jpg
Kontinjen pekak kebangsaan tidak terlepas menyaksikan kemeriahan sambutan Kemerdekaan di Dataran Putrajaya, hari ini.

Kali pertama diberi peluang menyertai perbarisan, ia merupakan anugerah paling indah dalam menikmati makna sebenar Kemerdekaan selama 68 tahun sejak 1957.

Masih segar dengan kejayaan bergelar juara keseluruhan dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak (SEA Deaf) 2025, di Jakarta baru-baru ini, nyata ia merupakan hadiah paling bernilai buat skuad pekak kebangsaan. 

"Alhamdulillah, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana memberi peluang menyertai perarakan kemerdekaan bersama semua orang," kata Raja Pecut Pekak Asia Tenggara, Muhammad Zamir Azman. 

"Jika diikutkan, orang pekak tidak pernah menyertai perbarisan ini.

"Ini merupakan kali pertama menerusi KBS yang memberi peluang kepada kami," kata atlet tenpin boling pekak negara, Firdaus Mohamad.

Rata-rata jaguh negara ini juga bersetuju Milo menjadi antara minuman kegemaran mereka dalam memberi persembahan terbaik dalam arena yang diceburi.
 

Advertisement

Must Watch Video