Skip to main content

Sukan Lain

Sarawak pertahan gelaran boling berpasukan lelaki antara negeri

boling-sarawak-260417.jpg
Pasukan boling lelaki Sarawak mempamerkan aksi konsisten untuk mempertahankan kejuaraan apabila unggul meraih pingat emas acara berpasukan dalam Kejohanan Boling Antara Negeri Ke-30, hari ini. 

Sarawak terpaksa bersaing hebat dengan dua lagi pasukan, iaitu Selangor dan Johor, yang dibarisi beberapa pemain negara. 

Dibarisi Bong Ki How, Ervin Lim, Chong Jun Foo dan Daniel Tan, Sarawak cemerlang untuk memastikan mereka mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu dengan mencatat 5,070 jatuhan pin. 

Selangor pula meraih perak apabila dibezakan dengan 277 jatuhan pin selepas mencatat keseluruhan 4,793 jatuhan pin. 

Gangsa menjadi milik Johor dengan 4,637 jatuhan pin. 

"Setiap negeri mempamerkan prestasi mantap dan memberi tekanan hebat ke atas kami. 

"Begitupun, gandingan kami sebagai sebuah pasukan saling melengkapi dengan menampung kekurangan masing-masing," ujar Ki How. 

Perak pula mengungguli acara wanita apabila meraih emas menerusi gandingan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Nur Fadhlin Arisya Mohd Arif, Nur Syamimi dan Sin Lin Jane dengan mencatat 5,044 jatuhan pin.

Selangor sekali lagi terpaksa berpuas hati untuk meraih perak apabila gandingan Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Victoria Chin dan Natasha Roslan sekadar mencatat 4,957 jatuhan pin. 

Sarawak pula merangkul gangsa dengan mengutip 4,377 jatuhan pin. 

"Aksi kelima agak sengit kerana sudah ketinggalan jauh di belakang Selangor. 

"Namun, kami terus bertungkus-lumus dalam aksi kelima sehingga mampu mengekori rapat kedudukan mereka," kata Saffiyah.

Keputusan acara All-Events:

Kategori lelaki: 

1. Muhammad Nur Aiman (Johor) - 4,054 jatuhan pin
2. Ahmad Muaz (Selangor) - 3,907 jatuhan pin
3. Chong Jun Foo (Sarawak) - 3,833 jatuhan pin

Kategori wanita: 
1. Shalin Zulkifli  (Selangor)- 3,971 jatuhan pin
2. Natasha Roslan (Selangor) - 3,967 jatuhan pin
3. Siti Saffiyah Amirah (Selangor) - 3,841 jatuhan pin

 

Advertisement

Must Watch Video