SHOOTING
Sang Soon boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia -- Sabki
Jurulatih menembak kebangsaan, Mohd Sabki Mohd Din, teruja menerima kehadiran ketua jurulatih dari Korea Selatan, Park Sang Soon, untuk sama-sama menggalas tugas kerana pernah berlatih di bawah jurulatih itu sewaktu bergelar atlet pada tahun 2000.
Telah pun berada di Malaysia selama seminggu, Sabki percaya kehadiran Sang Soon diterima baik oleh atlet, terutamanya Johnathan Wong, yang pernah berlatih di bawahnya sebelum ke Sukan Olimpik Rio.
Semestinya ia satu pengalaman baru yang dapat dirasai oleh Sabki bersama Sang Soon yang pernah melatih dirinya 16 tahun lalu.
Iklan
Baginya, ia adalah pilihan tepat memilih jurulatih berpengalaman itu kerana ini kali pertama mereka mempunyai ketua jurulatih yang mampu mengendalikan barisan penembak negara bagi semua acara.
"Ketua jurulatih yang dilantik ini juga boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia.
"Saya juga mengenali dia, dan saya lihat dia sangat komited untuk membantu atlet menembak negara memperbaiki teknik tembakan," ujar Sabki.
Skuad menembak negara kini giat menjalani latihan sebelum berlepas ke Iran pada 3 Disember bagi kejohanan Air Gun Asia yang akan menjadi penutup buat mereka pada tahun ini.
"Kita akan bawa 10 atlet daripada Program Kita Juara. Saya berharap mereka dapat kekalkan momentum sedia ada apabila beraksi di kejohanan itu nanti," tambahnya.
Must-Watch Video



