Skip to main content

Hoki

Saingan sengit menanti skuad negara -- Logan

6417logan.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Logan Raj, membayangkan saingan sengit akan berlaku dalam aksi separuh akhir Liga Hoki Dunia di London dari 15 hingga 25 Jun depan. 

Begitupun, katanya, ia tidak mustahil untuk skuad hoki lelaki negara membuktikan sesuatu dalam usaha merebut tiket ke Piala Dunia 2018.

Logan memberi bayangan Malaysia berkemungkinan besar akan bersaing dalam kumpulan pasukan yang berada di ranking atas dunia, iaitu Argentina, Britain, Kanada dan China.

Walaupun tampak sukar, katanya, skuad negara -- yang kini berada di kedudukan 14 dunia -- mampu menyaingi pasukan di ranking lebih tinggi, terutama Kanada yang pernah ditewaskan Jepun 2-1 dalam final pusingan kedua Liga Hoki Dunia. 

"Kami mempunyai idea apa yang akan berlaku dalam kejohanan dan kami tidak sabar untuk menyertainya," katanya.

Logan percaya tiada tekanan terhadap skuad kendalian Stephen Van Huizen ini dan mengharapkan barisan pemain lebih serius dalam mempersiapkan diri dalam masa dua bulan sebelum terbang ke London.

"Kami bersedia untuk bermain dalam kejohanan itu. Ia adalah kejohanan penting pada tahun ini. 

"Kami melakukan dengan agak baik dalam pusingan kedua Liga Hoki Dunia untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga."

Advertisement

Must Watch Video