Skip to main content

Sukan Lain

Rodney So'iaolo gembira kekal bersama skuad Malaysia

rodney-so-oyalo-ragbi-new-zealand-all-blacks.jpg
Ketua jurulatih ragbi 15's kebangsaan, Rodney So'iaolo, nyata gembira apabila khidmatnya masih lagi diperlukan di Malaysia.

Semalam Nadi Arena melaporkan bahawa pihak Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) sedia untuk menawarkan kontrak lanjutan selama setahun kepada Rodney.

Bekas kapten All Blacks itu turut sedia memantau program ragbi akar umbi serta bantu skuad 7's kebangsaan di bawah kendalian Saizul Hafifi Md Noor yang kini dalam persiapan menuju ke temasya Sukan Komanwel Julai depan.

"Saya sangat teruja untuk kekal setahun bersama skuad kebangsaan. Pemain-pemain yang melakukan usaha yang baik. Mereka bukan atlet sepenuh masa namun usaha yang telah ditampilkan cukup bagus," kata Rodney.
 

Advertisement

Must Watch Video