BERBASIKAL
Reus kesal permulaan buruk Dortmund
Marco Reus kesal dengan permulaan perlahan Borussia Dortmund yang menyebabkan mereka gagal melepasi peringkat suku akhir Liga Juara-Juara apabila disekat AS Monaco.
Berikutan ketinggalan 3-2 dalam aksi pertama di gelanggang sendiri -- sehari selepas insiden letupan ke arah bas pasukan Dortmund -- anak buah Thomas Tuchel berdepan tugas getir di Stade Louis II, awal pagi tadi.
Perjuangan mereka terjejas menerusi dua gol awal Monaco dalam tempoh 17 minit.
Iklan
Kylian Mbappe -- yang menjaringkan dua gol di Signal Iduna Park -- menyumbat bola muntah tampanan penjaga gol, Roman Burki, sebelum Radamel Falcao menanduk masuk gol kedua.
Reus membuatkan Dortmund percaya dengan kebangkitan apabila merapatkan jurang selepas rehat, namun Valere Germain hanya memerlukan 22 saat selepas dimasukkan bagi menggantikan Mbappe untuk mengesahkan kemenangan dengan agregat 6-3 buat Monaco.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Reus berkata: "Kami tidak bermula dengan baik, kami tidak memberikan cabaran dan gagal untuk memberikan tekanan kepada mereka serta dengan pantas ketinggalan 2-0.
"Namun, ia tidak berakhir di situ, kami patut menyumbat tiga gol lagi.
"Kami bermula dengan baik pada separuh masa kedua tetapi tidak berjaya menambah gol."
Must-Watch Video