Malaysia bakal menjalin kerjasama erat dengan pasukan ragbi All Blacks menerusi penubuhan Akademi Ragbi Antarabangsa New Zealand (IRANZ).
Pertemuan empat mata berlangsung di ibu kota hari ini di antara Pesuruhjaya Tinggi New Zealand yang diwakili Dr John Subritzky bersama Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yang diwakili presidennya, Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Ia merupakan pertemuan pertama di antara kedua-dua pihak untuk menjayakan akademi itu selepas diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, 22 Mei lalu.
Perbincangan awal penubuhan IRANZ akan dilaksanakan di Padang Ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
"Dr John menyatakan kesudian dan komitmen yang mewakili pihak Pesuruhjaya Tinggi New Zealand untuk mewujudkan kerjasama di antara KRM dan pasukan ragbi New Zealand," ujar Shahrul Zaman.
Jika ia berjaya dilaksanakan, ia bakal menjadi hub akademi bagi rantau Asia dan Malaysia bakal mendapat banyak manfaat daripada segi kepakaran asing, terutama pasukan All Blacks serta modul latihan yang menepati piawaian antarabangsa.
IRANZ merupakan program yang telah ditubuhkan pada 2002 dan bertujuan membekalkan modul latihan berprestasi tinggi untuk negara yang mahu memajukan sukan ragbi.
"Kita tahu reputasi New Zealand -- All Blacks -- sebagai kuasa besar dunia.
"Sudah tentu dengan adanya IRANZ, ia akan membekalkan ilmu kepada penggiat ragbi tanah air," tambahnya.