Kecederaan serius memaksa pertahanan hoki negara, Izad Hakimi Jamaluddin, menelan hakikat untuk melupakan saingan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2018, bulan depan.
Izad mendapat kecederaan posterior cruciate ligament (PCL) di bahagian lutut kanan ketika berdepan pasukan Maybank dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM), 19 Januari lalu.
Laporan perubatan awal mengesahkan Izad terpaksa berehat selama enam hingga lapan minggu untuk pulih sepenuhnya.
Ia situasi perit buat Izad kerana dia baru sahaja kembali selepas berehat tiga bulan gara-gara kecederaan betis kiri ketika mewakili Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.
"Saya berlanggar dengan pemain Maybank dan ia telah menyebabkan saya mengalami kecederaan lutut," kata Izad.
Dengan PSAS 2018 hanya berbaki kurang daripada empat minggu, Izad tidak meletakkan harapan tinggi untuk sempat pulih bagi mewakili The Malaysian Hockey Tigers dalam kejohanan di Ipoh itu.
Edisi 2017 menyaksikan Malaysia sekadar menamatkan saingan di tangga terakhir daripada enam negara yang bertanding.
"Saya agak terkilan kerana tidak dapat beraksi bersama kelab dan negara kerana saya baru sahaja pulih sebelum ini tetapi segala yang berlaku adalah di luar kawalan saya," tambahnya.