Ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen kecewa apabila anak buahnya gagal menyempurnakan deretan peluang terhidang ketika seri 1-1 dengan Jepun dalam aksi pembukaan Piala Sultan Azlan Shah 2017, semalam.
The Malaysian Hockey Tigers bergelut di Stadium Hoki Azlan Shah apabila gagal menguasai permainan menentang lawan yang menurunkan ramai pemain muda, terutama pada suku ketiga dan keempat.
Keputusan ini pasti menyukarkan misi Malaysia untuk mencapai sasaran kelompok empat terbaik kerana semua lawan selepas ini menghuni ranking dunia yang lebih baik.
"Kami mahu memulakan kejohanan ini dengan kemenangan untuk melonjakkan semangat pemain-pemain.
"Jepun telah bermain dengan baik dan kami gagal mengawal permainan, sekaligus terpaksa menamatkan perlawanan dengan keputusan seri," jelas Van Huizen.
“Ia perlawanan yang sukar. Pemain saya sudah mencuba sebaik mungkin dan atas faktor itu, mereka wajar mendapat pujian.
"Kami terlepas banyak peluang dan ia perlu diperbaiki untuk perlawanan selepas ini,” kata pengendali pasukan Jepun, Takahiko Yamaburi.
Malaysia berada di depan seawal minit kelapan menerusi Muhammad Razie Abd Rahim.
Begitupun, skuad Samurai Biru menyamakan kedudukan menerusi Shota Yamada dalam separuh masa kedua.
The Malaysian Hockey Tigers melancarkan serangan bertubi-tubi di penghujung permainan, namun digagalkan oleh ketumpulan jentera serangan.