MALAYSIA 1 AUSTRALIA 6
Malaysia menempuhi permulaan yang buruk apabila tewas 6-1 kepada Australia dalam aksi kedua Piala Sultan Azlan Shah 2017, malam ini.
Selepas sekadar meraih satu mata dalam aksi pembukaan ketika seri 1-1 dengan Jepun semalam, Malaysia mengharungi pertembungan dengan Australia dengan misi mencari tiga mata penuh di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Bagaimanapun, segala perancangan skuad kendalian Stephen Van Huizen berjaya dibaca oleh Australia untuk Tom Craig membuka jaringan buat pasukan pelawat menerusi gol padang pada minit ke-11.
Australia menggandakan jaringan 11 minit kemudian, sekali lagi menerusi jaringan padang yang berjaya dicipta oleh Trent Mitton.
Mitton meletakkan Australia dalam kedudukan selesa selepas menghasilkan gol ketiga perlawanan pada minit ke-27.
Bersambung dalam babak kedua perlawanan, Australia tidak mengurangkan rentak serangan mereka ke arah kubu pertahanan Malaysia, menyaksikan Tom Craig sekali lagi berjaya menemui jaringan untuk menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-38.
Malaysia berjaya menghasilkan satu jaringan menerusi penalti strok yang disempurnakan oleh Faizal Saari pada minit ke-41.
Craig dan Mitton melengkapkan jaringan hatrik mereka untuk merakamkan kemenangan selesa buat skuad Kookaburras dengan keputusan 6-1.
Keputusan lain:
JEPUN 3 GREAT BRITAIN 5
INDIA 3 NEW ZEALAND 0