Menteri Bela dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan bahawa perseorangan lelaki profesional badminton negara, Lee Zii Jia, bukan 'anak emas' walaupun Jawatankuasa Program Road to Gold (RTG) hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan pemain itu dalam program berkenaan.
Sebelum ini, masa depan Zii Jia dalam Program RTG menjadi persoalan selepas dia terkeluar daripada kelompok ranking 10 pemain terbaik dunia dan mengambil keputusan untuk berehat daripada kejohanan antarabangsa.
Selain Zii Jia, beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, turut dikekalkan dalam program itu biarpun kini menduduki ranking ke-18 dunia.
Turut diserap masuk ke dalam program berkenaan adalah perseorangan lelaki meningkat naik, Ng Tze Yong, dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Mengulas mengenai perkara itu, Hannah berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Tiada anak emas, semua atlet (dalam Program RTG) anak emas.
"Semua atlet yang masuk akan diberikan elaun RM3,000 selain perkhidmatan sokongan daripada ISN (Institut Sukan Negara) bagi memastikan mereka memiliki peluang untuk berjaya," katanya.
Dalam perkembangan berbeza, Hannah turut mengesahkan permintaan yang dikemukakan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, telah diluluskan bagi mempersiapkannya menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni sebelum ini meluahkan kekecewaannya terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) atas kegagalan menyediakan sistem sokongan lengkap selepas memindahkan pangkalan latihannya dari Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional, Nilai awal tahun ini.
"Permintaan Datuk Azizul telah dibincangkan dan diluluskan tetapi ada permintaan atlet lain yang tidak diluluskan," katanya lagi.
Penyelaras Program RTG, Datuk Stuart Ramalingam, menambah: "Semua permintaan indvidu adalah sulit dan hanya pihak jawatankuasa yang tahu, jadi amat sukar untuk mendedahkan butiran permohonan yang dihantar kepada kami."