Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) Dr Ong Shin Ruenn, terpaksa menjual kereta peribadinya demi memastikan kelangsungan memberi ganjaran kepada atlet yang menghadiahkan pingat buat negara.
Biarpun keputusan tersebut agak berat, namun ia adalah yang terbaik demi kesejahteraan atlet pekak.
Mengimbau kembali saat-saat akhir terpaksa membuat perhitungan tersebut, Shin Ruenn tidak dapat menahan sebak dan bergenang air mata.
Baginya, tiada yang lebih penting daripada melihat anak buahnya mampu tersenyum dan menjalani kehidupan dengan yang baik.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan tiada insentif tambahan atas kejayaan Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak (Deaf) 2025, namun telah memperuntukkan dana RM3 juta sebagai pemangkin semangat buat atlet berjuang dalam temasya di Indonesia itu serta Deaflympics Tokyo pada November depan.
"Secara rasionalnya, saya terpaksa menjual kereta peribadi kerana sangat tertekan melihat mereka berlatih menghabiskan masa, termasuk meninggalkan keluarga.
"Seperti atlet normal yang lain.
"Sebagai presiden, saya ingin memastikan kebajikan atlet kerana telah mendatangkan kejayaan.
"Jadi, saya terpaksa mengambil jalan sukar. Kereta inilah sebagai pengangkutan saya pergi bekerja, dan membantu membawa peralatan sukan.
"Sebabkan terdesak, saya jual kereta ini dan wang tersebut dijadikan habuan buat atlet," katanya di Nadi Arena.