Skip to main content

Sukan Asia

Powerlifting: Yee Khie mahu ikut jejak langkah Azroy

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yiekie9418.jpg
Atlet powerlifting negara, Jong Yee Khie, mahu mengikut jejak langkah Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad untuk menghadiahkan pingat emas pertama para di pentas Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Hasrat itu diluahkan Yee Khie sebaik tiba di Lapangan Terbang Gold Coast semalam setelah menyaksikan kejayaan Azroy meraih pingat emas sulung kontinjen negara, Khamis lalu.

Yee Khie, yang bakal beraksi dalam kategori heavyweight, bertekad mengubah warna pingat gangsa yang dimenangi di Glasgow, empat tahun lalu, kepada emas.

"Apabila rakan-rakan sudah mendapat emas, saya rasa seronok dan bersemangat. Saya teruja dan teringin mahukannya juga," kata Yee Khie.

Seorang lagi atlet para, Muhammad Azwar Abu Bakar, mahu memastikan dendam ke atas lawan dari England, Kim Daybell, mampu dilunaskan sejak Sukan Olimpik 2012.

"Saya datang ke sini memang saya sudah bebas kecederaan. Sudah lama saya persiapkan diri dan saya berharap dapat melakukan dengan baik," kata Azwar.

Advertisement

Must Watch Video