Skip to main content

Sukan Asia

Powerlifting: Terlepas pingat, Bonnie tetap ceria dengan rekod baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bonnie_1.jpg
Ketika pingat lightweight Sukan Komanwel Gold Coast terlepas daripada jangkauan, atlet powerlifting 65kg negara, Bonnie Bunyau Gustin, tetap mempamerkan aksi terpuji untuk memperbaharui rekod remaja kebangsaan miliknya. 

Bonnie menamatkan saingan di kedudukan keempat dengan catatan 169.8 mata. 

Angkatan 166kg sudah cukup untuknya memadam rekod remaja kebangsaan miliknya melalui bebanan 157kg sebelum ini. 

Lebih memberangsangkan, Bonnie tidak menampakkan sebarang tanda gugup untuk melepasi kesemua tiga percubaan. 

"Saya gembira dapat mencatat angkatan terbaik dengan 166kg, sekali gus memecahkan rekod remaja. Jika saya dapat mencatat 173kg, mungkin dapat memotong wakil England untuk menduduki tempat ketiga," katanya.

"Dalam masa sama, saya gembira dan teruja dapat menemui barisan juara di sini. Apabila menyertai acara senior, saya rasa sudah bersedia dan kita lihat dalam Sukan Asia nanti," tambahnya.

Seperti dijangka, perebutan emas memihak Nigeria dengan Roland Ezuruike (224.3kg) unggul berbanding rakan senegara yang juga pemegang rekod dunia, Paul Kehinde. 

Gangsa dimenangi peserta England, Ali Jawad (182.7kg). 

Advertisement

Must Watch Video