Kapten Kelab Polo BP Malaysia, Datuk Dr. Beh Chun Chuan, sanggup mengeluarkan kos RM3 juta untuk menghantar atlet dan kuda menyertai Sukan SEA Filipina, November depan demi mempertahankan pingat emas yang dimenangi Malaysia dua tahun lalu.
Kebanyakan atlet kategori B sanggup mengeluarkan kos sendiri yang mencecah RM4,000 seorang untuk menyertai temasya itu.
Namun, Dr. Beh akan membelanjakan jumlah yang tidak masuk akal demi mengibarkan cabaran Malaysia.
Kos menghantar pemain dan kuda ke Filipina dijangka mencecah RM3 juta, namun itu bukan keutamaan buat ahli perniagaan berkenaan.
"Berkhidmat untuk negara.
"Kami mempunyai peluang untuk mewakili negara, jadi saya fikir ia pelaburan yang baik.
"Satu perkara lagi, jika saya menyertainya, saya akan menjadi atlet tertua bertanding dalam Sukan SEA.
"Saya akan jadi satu-satunya atlet yang berusia 63 tahun," katanya.
Sebelum ini, Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA) menarik diri daripada temasya itu, namun membuat pusingan "U" ketika mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan semalam.
RMPA sedang mempertimbangkan sama ada akan mengadakan sesi pemilihan terbuka atau memberi laluan kepada Kelab Polo BP Malaysia untuk menyertai acara high goal sementara skuad kebangsaan akan menyertai acara low goal.
"Serata dunia selaku kelab polo dan ia berdasarkan minat keluarga kami untuk menubuhkan Kelab BP Polo.
"Namun, ia merupakan kali pertama kami akan mewakili Malaysia," kata anak kepada Dr. Beh dan pemain kelab itu, Garvy Beh.