Kejaguhan Azizulhasni Awang muncul pelumba berbasikal trek pertama negara muncul juara dunia dalam acara keirin Kejohanan Dunia, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Hong Kong, 13 April lalu, adalah satu kejayaan luar biasa.
Di sebalik pencapaian itu, Azizul, 29, berkongsi cabaran serta situasi yang dihadapinya sebelum dan juga ketika dalam saingan di Hong Kong itu bersama Nadi Arena.
Untuk rekod, Azizulhasni terpaksa menanti hampir 10 tahun untuk melepasi garisan penamat di tempat pertama dengan mengatasi pencabarnya dari Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata dan Thomas Babek dari Republik Czech.
"Kejayaan saya di Hong Kong ibarat teori 'iceberg', apa yang kita nampak adalah di permukaannya sahaja. Hakikatnya saya menghadapi pelbagai dugaan, cabaran dan pengorbanan yang lebih besar.
"Sebagai contoh, saya pernah menghadapi situasi sukar. Antaranya, kecederaan kaki di mana saya tertusuk serpihan kayu dalam siri Kejohanan Dunia di Manchester 2011 yang hampir meragut karier saya.
"Selepas itu, saya juga berdepan kontroversi sarung tangan Gaza dalam Sukan Komanwel 2014 di Glasgow.
"Kemudian, saya mula mendapat petanda positif dalam karier di mana saya memenangi pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Rio 2016, yang memberi impak besar.
"Selepas itu Alhamdulillah, saya terus mengorak langkah ke hadapan dan akhirnya memenangi Kejohanan Dunia," ujar atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu.
Bagi penuntut Universiti Victoria di Melbourne, Australia itu, jersi pelangi sentiasa menjadi impiannya sejak mula membabitkan diri dengan sukan berbasikal pada usia 10 tahun.
"Saya selalu membayangkan saya memenangi Kejohanan Dunia dan boleh dikatakan sebelum tidur, saya akan menyarung jersi pelangi.
"Di Hong Kong, sebaik memenangi Kejohanan Dunia, saya berasa bagaikan bermimpi, macam tak percaya bahawa saya sudah menang.
"Malah, selepas pulang ke bilik hotel pada lewat malam sejurus menjalani ujian anti-doping dan beberapa proses lain, saya kerap bertanya kepada rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, 'betul ke aku dah menang ini?'
"Kami tidak tidur sehingga ke pagi, sukar untuk saya mempercayainya," katanya sambil menambah, sokongan rakan sepelatih dan isterinya, Athiah Ilyana Abd Samat, adalah motivasi terbaik sebelum dia memulakan kayuhan di Hong Kong.
Begitupun, atlet yang digelar The Pocket Rocketman itu hampir sahaja berputih mata kerana hampir gagal layak ke pusingan akhir kerana sekadar menduduki tempat keempat dalam sesi kelayakan sebelum penyertaan jaguh dari Jerman, Joachim Eilers, yang menduduki tangga ketiga dibatalkan kerana kesalahan melakukan himpitan.
"Pada masa itu, saya berasa agak kecewa, sedih dan hampir menangis.
"Saya juga berasa agak marah kerana dihimpit dan dalam masa yang sama, kami tidak melancarkan protes kerana ia akan memberi tanggapan negatif, jadi saya redha sahajalah.
"Tetapi, beberapa minit selepas itu pengumuman dibuat dengan penyertaan Joachim dibatalkan, saya sangat bersyukur.
"Selepas saya tahu, kali ini saya perlu melakukannya atau tidak."