Skip to main content

Sukan Asia

Ping pong: Stacey terlalu handal buat Azwar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azwar_3.jpg
Pemain ping pong para negara, Mohamad Azwar Bakar, gagal melakar kemenangan dalam aksi peringkat kumpulan Sukan Komanwel 2018 apabila tewas di tangan pemain Wales, Joshua Stacey, dalam aksi straight set, hari ini. 

Selepas tewas di tangan pemain England, Kim Daybell, Azwar turun dengan misi menebus kehampaan semalam. 

Pada awalnya, Azwar memberi tentangan hebat dalam set pertama untuk bersaing dengan Stacey sebelum akur dengan kehebatan pencabarnya itu yang menamatkan set pertama 12-10. 

Memasuki set kedua, Azwar cuba menghadirkan kebangkitan untuk menyamakan kedudukan, malangnya tidak berjaya dan terpaksa akur tunduk 7-11 sebelum kecundang 6-11 dalam tempoh 22 minit. 
 

Advertisement

Must Watch Video