Skip to main content

Sukan Asia

Ping pong: Ashraf-Ai Xin kecundang kepada wakil England

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

25417ashraf.png
Beregu campuran ping pong negara, Ashraf Haikal Rizal-Tee Ai Xin, gagal meneruskan kemaraan ke pusingan 16 Sukan Komanwel Gold Coast selepas tumbang 3-0 di tangan pasangan England, David McBeath-Kelly Sibley, sebentar tadi. 

Selepas mengatasi cabaran pasangan Mauritius dalam aksi pertama, wakil negara tampak bergelut untuk menyaingi permainan beregu England itu. 

Selepas menghadirkan tentangan dalam set pertama, Ashraf-Ai Xin kemudian tunduk 9-11 sebelum turun dengan dedikasi tinggi dalam set seterusnya. 

Malangnya, usaha mereka itu masih gagal mengatasi McBeath dan Sibley lalu tewas 6-11 sebelum semakin hilang rentak dalam set ketiga dengan kekalahan 5-11 pula. 
 

Advertisement

Must Watch Video