Teknologi kecerdasan buatan (AI) membuka lembaran baharu buat atlet pekak di negara ini menerusi program khas yang memberi peluang kepada golongan berkenaan meneroka potensi teknologi dalam kehidupan dan bidang sukan.
Program selama dua hari anjuran Yayasan Mahir Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) itu berlangsung di ibu negara hujung minggu ini.
Edisi sulung program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan apabila kesemua 25 tempat yang disediakan dipenuhi peserta, termasuk atlet pekak dari Perak dan Pulau Pinang.
Penganjuran itu memberi ruang kepada peserta untuk mengenali teknologi AI dengan lebih dekat, sekali gus membuka peluang kepada mereka menguasai kemahiran baharu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan pembangunan kerjaya.
Kehadiran peserta dari luar Kuala Lumpur turut mencerminkan minat tinggi dalam kalangan atlet pekak untuk meneroka bidang teknologi yang semakin berkembang pesat.
"Kursus AI ini semua golongan dan tiada batas daripada segi usia. Kami akan menganjurkan beberapa lagi siri kursus ini di Sabah dan Sarawak," kata Lembaga Pengarah Yayasan Mahir Malaysia (YMM).
"Mereka tidak mampu mendengar namun mereka boleh belajar melalui visual. Kursus ini dapat meningkatkan kemahiran mereka untuk meraih peluang pekerjaan di luar sana nanti," kata Presiden MSDeaf, Dr. Ong Shin Rueen.
Bagi penganjur, inisiatif tersebut bukan sekadar memperkenalkan AI kepada komuniti orang pekak, malah menjadi langkah ke arah memastikan golongan berkenaan tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital.
Sementara itu, Presiden MSDeaf, Dr. Ong Shin Ruenn, menyifatkan program berkenaan sebagai satu peluang penting untuk memperkasa komuniti atlet pekak menerusi ilmu dan kemahiran baharu.
Program itu diharap dapat menjadi permulaan kepada lebih banyak inisiatif berkaitan teknologi dan pembangunan kemahiran untuk atlet pekak pada masa akan datang.