Jurulatih Pakistan, Tahir Zaman, mahu berwaspada dengan kemampuan The Speedy Tigers berdasarkan maklum balas pemain utamanya terhadap skuad negara menjelang pertemuan getir esok.
Pakistan menjadikan Kejohanan Piala Negara-Negara di Kuala Lumpur ini sebagai medium utama mengukur kemampuan pemain muda disamping persiapan menuju Piala Asia Ogos depan yang menawarkan slot merit ke Piala Dunia 2026.
Berdasarkan rekod pertemuan sepanjang zaman sejak 1968, skuad negara sekadar merekodkan lima kemenangan ke atas Pakistan, dan 13 kali seri dengan baki 20 aksi memihak Pakistan.
Kali terakhir skuad negara menewaskan Pakistan, ketika menumpaskan The Green Shirts 3-1 di Trofi Juara-Juara Asia 2023 dibawah kendalian Arul Selvaraj.
Untuk rekod, dalam lima perlawanan terakhir menyaksikan kedua-dua pasukan seri sebanyak tiga kali, termasuk aksi dramatik 2-2 di kempen Piala Negara-Negara pada 31 Mei 2024.
Pakistan menang besar di Sukan Asia, 5-2, manakala kemenangan tunggal Malaysia hadir pada Ogos 2023 iaitu 3-1.
"Kami tidak melihat rekod kerana sekarang memandangkan dunia hoki sudah berubah seperti ranking dunia juga. Kami jangkakan Malaysia pasukan yang bagus.
"Kami cuma fokus pamerkan persembahan yang bagus berdepan mereka esok." katanya.