Xisco Munoz muncul Jurulatih Terbaik Liga M Awards sambil memberi amaran Johor Darul Ta'zim (JDT) akan terus mendominasi.
Selepas melalui musim yang cukup cemerlang, kebal tanpa tewas dalam kancah tempatan ketua jurulatih dari Sepanyol itu mendedahkan Harimau Selatan meletakkan sasaran lebih tinggi dalam mencipta sejarah baru.
"Hasrat kami seterusnya ialah untuk memenangi Piala Shopee dan mara ke separuh akhir dan final Liga Juara-Juara Elit (ACLE).
"Ia sukar, jadi kami perlu terus kompetitif di Malaysia dengan meneruskan ketekalan dan keampuhan," katanya sebentar tadi.