Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan merupakan kejohanan peringkat terbuka kebangsaan yang dianjurkan oleh Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans) dan disertai oleh pasukan kebangsaan dan juga kelab.
Ia diadakan buat julung kali bertujuan mengembalikan era kegemilangan sepak takraw di negeri itu dengan lima kategori dipertandingkan iaitu terbuka,veteran, belia, wanita dan remaja bawah 15 tahun.
Presiden Pestans, Wan Mohd Husni Abdullah, menganggap undian sepak takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan 2025 bersifat terbuka dan kompetitif.
Dengan adanya kombinasi pemain ternama termasuk pecahan empat kategori, ia bertujuan memberi kelainan demi memartabatkan sukan sepak takraw bukan sahaja dari umur tertentu.
Dia mengharapkan kejohanan ini mendapat sambutan yang baik dan akan diteruskan pada setiap tahun untuk mengembalikan legasinya.

Kejohanan sebegini kali terakhir diadakan pada 1997 yang ketika itu dikenali sebagai Piala Isa kini kembali diberi nafas baharu dengan format yang telah diteliti sesuai dengan landskap sukan sepak takraw negara.
"Pestans ingin pastikan kejohanan ini berjalan dengan baik dan terus memperbaiki mutu kejohanan agar boleh mencapai tahap dunia.
"Kali terakhir Kejuaraan Dunia diadakan di sini pada 1997 jadi kami cuba mengembalikannya ke Negeri Sembilan," katanya selepas majlis undian di Nadi Arena petang tadi.