Afrika Selatan meletakkan sasaran untuk bangkit daripada kekalahan aksi pembukaan Piala Dunia Ragbi kepada New Zealand dan Kwagga Smith percaya mereka tidak memiliki sebarang masalah berdepan Namibia.
The Springboks merupakan antara pilihan untuk merampas kejuaraan daripada All Blacks -- pemenang Piala Dunia sejak dua edisi lalu -- tetapi kemenangan 23-13 buat penyandang juara itu dalam saingan Kumpulan B, Sabtu lalu mengesahkan New Zealand sebagai pasukan yang perlu diatasi.
Skuad kendalian Rassie Erasmus itu ketinggalan 10 mata di belakang Itali susulan dua kemenangan mata bonus mereka dan tidak mampu kehilangan mata lagi dalam tiga aksi terakhir -- bermula dengan pertemuan dengan Namibia esok -- bagi merebut slot ke suku akhir.
Smith, yang bakal bertindak sebagai pemain sayap berdepan Namibia, berniat untuk menggunakan pengalamannya berkhidmat untuk skuad ragbi 7s dan memastikan Afrika Selatan tidak terganggu dengan kekalahan kepada New Zealand itu.
Smith dan Cheslin Kolbe merupakan sebahagian daripada skuad ragbi 7s Afrika Selatan yang memenangi pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2016.
"Dalam kejohanan 7s, anda tidak memiliki masa untuk meragui diri sendiri jika tewas dalam perlawanan pertama," kata Smith.
"Ia telah berlaku sebelum ini dan ia adalah pengalaman yang diraih dalam kejohanan 7s. Memberikan tumpuan dalam perlawanan seterusnya sangat penting dan berusaha untuk menang.
"Bagi kami, perlawanan berdepan New Zealand sudah berakhir dan tiada apa yang kami mampu lakukan. Afrika Selatan perlu fokus untuk perlawanan seterusnya."
Erasmus melakukan 13 pertukaran dalam pasukan yang tewas kepada All Blacks di Yokohama.
Namibia turut melakukan 10 pertukaran daripada 15 pemain yang memulakan perlawanan ketika tewas 47-22 kepada Itali dalam aksi pembukaan.