Jack Carty diberikan sokongan penuh oleh Joe Schmidt untuk menyerlah ketika Ireland berdepan tuan rumah Piala Dunia Ragbi, Jepun, esok.
Ireland bakal merehatkan pemain terbaik tahunan Ragbi Dunia, Johnny Sexton, selepas dia mengalami kecederaan paha ketika pasukan itu merakamkan kemenangan 27-3 ke atas Scotland.
Skuad bimbingan Schmidt itu bakal berdepan suasana yang berbeza di Shizuoka ketika berdepan Jepun yang mahu meneruskan rentak cemerlang apabila mengejutkan Russia dalam aksi pembukaan Kumpulan A.
Tetapi jurulatih itu optimis dengan kemampuan Carty, yang hanya memiliki lapan penampilan bersama pasukan kebangsaan, akan menampilkan cabaran.
"Kami telah memberitahu Carty, Selasa lalu dia akan turun beraksi dan mahu memastikan dia sentiasa bersedia untuk beraksi," kata Schmidt.
"Dia telah menampilkan aksi cemerlang berdepan Scotland, bijak melakukan hantaran kepada Chris Farrell walaupun berada dalam keadaan yang tertekan.
"Carty telah berlatih dengan baik, jadi ia memberikan kami keyakinan dan membenarkan untuk menggunakan kombinasi pemain yang berbeza sepanjang saingan."
Di sebalik pujian diberikan Schmidt kepada Carty, ketiadaan Sexton melonjakkan keyakinan Jepun.
"Ireland kehilangan seorang pemain yang berpengalaman," kata pengendali Jepun, Jamie Joseph.
"Sexton merupakan tonggak pasukan, ini merupakan peluang untuk Jepun turun beraksi tanpa sebarang tekanan."
Rekod tujuh kemenangan Ireland ke atas Jepun meletakkan mereka sebagai pilihan untuk tampil cemerlang di Shizuoka esok.