Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan kegagalan pasukannya menamatkan dominasi Thailand dalam acara berpasukan di pentas final Piala Dunia ISTAF 2024.
Meskipun menang menerusi regu pertama dalam pertembungan di Stadium Titiwangsa malam tadi, Malaysia terpaksa akur 1-2 dan ini kali pertama skuad negara berjaya mencuri mata ke atas musuh tradisi Thailand di final kategori ini sejak 2011.
Justeru, Ahmad Jais beranggapan jurang dengan gergasi sepak takraw itu kian dekat tetapi masih banyak lagi aspek yang perlu mereka sendiri perbaiki.
"Saya perlu berbincang dengan pihak persatuan dan MSN macam mana boleh kami bawa pemain berpotensi besar untuk menyertai pasukan negara.
"Ia supaya kami mendapat rakan sepelatih yang lebih baik, daya saing yang lebih tinggi supaya pemain sedia ada tidak berasa selesa dan memberi tekanan untuk perebutan tempat," katanya.
Menurut jurulatih Thailand pula, Suphaloek Kimthong, saingan kejohanan ini semakin sengit maka sehubungan itu mereka tidak boleh berpeluk tubuh sahaja.
"Saya berasa Malaysia sudah biasa dengan corak permainan Thailand.
"Kami juga ada mengkaji permainan Malaysia tapi peraturan baru ini lebih menyukarkan kami.
"Kami perlu teruskan tingkatkan prestasi," katanya pula.