Ketua jurulatih interim Negeri Sembilan, K. Rajan, menjadikan perlawanan menentang PDRM sebagai misi wajib menang untuk mengakhiri kemarau enam perlawanan tanpa kemenangan skuad The Jang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang esok.
Perkara itu mengambil faktor skuad Sang Saka Biru yang kini menguni tangga tercorot dalam kempen Liga Super 2025/26 di mana sepatutnya Negeri Sembilan untu menjelmakan kemenangan.
Advertisement
"Kami perlu raih tiga mata berdepan PDRM dengan menjaringkan lebih banyak gol untuk mencipta kemenangan dengan mudah.
"Saya berasakan pemain dan staf kejurulatihan telah telah melakukan persiapan untuk berdepan PDRM esok," katanya.
Sementara itu, jurulatih berusia 45 tahun itu beranggapan mereka di landasan tepat untuk mengembalikan kejayaan Negeri Sembilan dengan prestasi anak buahnya ketika ini sejurus selepas dia mengambil alih pasukan itu sebagai ketua jurulatih interim dengan harapan tinggi diletakkan untuk melihat kemenangan pertama muncul selepas ini.
"Bagi saya saya menjadi jurulatih interim dua aksi terakhir, saya rasa kami di landasan terbaik untuk melakar kemenangan." tambahnya.