Skip to main content

Sukan Lain

Piala Billie Jean King: Skuad negara tewas kepada New Zealand

tenis.jpg
Skuad tenis negara tewas kali kedua di Piala Billie Jean King di tangan New Zealand.

Aksi pertama menyaksikan wakil Malaysia, Sze Xuan Lim, terpaksa akur dengan pengalaman pihak lawan iaitu Jade Otway 1-6,1-6.

Namun di aksi perseorangan kedua, Shihomi Leong berjaya memberi tentangan sengit kepada ranking ke-44 dunia kategori beregu wanita, Erin Routliffe, sebelum tewas 6-4, 4-6, 3-6.

Shihomi mengakui mempunyai beberapa peluang untuk memenangi perlawanan tersebut, namun kesilapan mudah di mata penting menjadi faktor kekalahan.

Bagaimanapun, jurulatiih tenis negara, S. Selvarajoo, tetap bangga dengan prestasi yang dipamerkan anak buahnya setakat ini.

Selvarajoo menjelaskan sasaran kini adalah untuk tamat dalam kedudukan 10 terbaik apabila peluang untuk menjadi empat terbaik tertutup, selepas kekalahan ini.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video